Click to earn money .

Monday, November 7, 2011

Rakan.net.my


Hai Hai semua , asalamulaikum
Salam Aidil adha !

Maaf maaf maaf , fatihah rsa macam dah lama tak update blog !

Okay , macam biasa cuti cuti sekolah nie buat apa lagi kan online la kann , Hee ~
tengah dok bual bual dengan fathira aimi tiba tiba aimi ni kan tanya la ada akaun rakan  ?
Dalam hati cakap akaun rakann  ? akaun rakan ? aku ada ka dak eh ?
then balas tak dak kot , hehe
Yes , memey saya tadak pun kan .
Hee , then dia kasi link ini
Ukey laman sejibik macam facebook cuma dia lain sikit ,
laman ini profile kita kann kita boleh design sendiri macam kita design blog kitaa !
Cool kann , so join lah kehh .
and laman ni kan malaysia punya taww !
that why nama dia Malaysia Social Network ,
Hmm , apa lagi sign up cepat-2 kita kasi gempak Rakan ni pulak laa
and sokong buatan Malaysia , teheeeee !
semangat je kann == 
kan dah alang alang buat tu kan add la fatihah kehh  ,
sebab kawan tak banyak lagi ^^
fatihah rakan.net.my add yaw , taknak pun tapaa .
and add la Cik Aimi sekali fathira aimi :)
Boleh la kita berkenal kenalan di sana :))
Okay sktakat tu saja , byebye


Thursday, November 3, 2011

Aidil Adha

HaiHaii , Asalamulaikum ^^
bagaimana keadaan anda semuaa ? ada sihat ? ada sakit ? 
Sihat sihat :D  Haha :D (Giladianieh) 
Okey enough , cukup gila untuk dua hari . 
Ahd nie rupa rupanya dah raya haji laa , 
siapa yg pegi haji je yg raya , korang yg tak pegi haji tu tak payah gatai-2 nak
raya haji naa , hahaha . 
guraugurau ja , jangan ikut .

Yang semangat semangat nak raya haji ni tau ka apa tu raya haji  ?
raya haji ni ada cerita dia jugak , -->Apa itu raya haji<-- [tekan situ kehh]
Rupanya raya haji ini ialah untuk kita smua umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. 

Then , fatihah tanya la kakak fatihah kan 
Fatihah : Napa Nabi Ibrahim nak bunuh anak dia , 
Kakak : Sebab Allah dah perintahkan dia bunuh anak dia ,
Fatihah : Owh , 

Masa Nabi Ibrahim nak bunuh anaknya (Nabi Ismail) 
masa Nabi Ibrahim dah letak pedang kat tengkok Nabi Ismail , 
************ 
tiba-2 Nabi Ismail bertukar menjadi kambing  ,

Jadi macam tu la ceritanya , 
itu yang fatihah tau la dan dapat kongsi dengan semuaa ^^
kalau nak tawu banyak lagi search je kat internet , hihi  .


Wednesday, October 26, 2011

Seorang blogger ni best !


Asalamulaikum guys ,
nak bercerita la sikit nie,
soalan :jadi seorang blogger ni best ke ?
and fatihah akan jawab , yess ! jadi seorang blogger ni sangat bestt.
sepnjg cuti seminggu smpena cuti depavali nie ,
hari hari fatihah blogwalking blog blog org ,
yang paling banyak baca ialah blog Ben Ashaari , Nisa Kay , Lyssa Faizureen , Cik Epal dan
mcm2 lagi .
fuh , memang best la . teringin nak jadi macam diorg ,
hihi  #perasan kejap (jgn mara)

tapi fatihah nie tak la rajen sangat nak update blog nieh ,
macam kak lyssa cakap apa gunanya ad blog tapi tak reti nak update :3 hehe
act , nak bercerita .tapi ada saja nak buad tak brsemangat nak menaip :D
hee ~ okey baca yer .
fatiah mau stop dulu .
tata :)

S.N.Fatihah Off Page , page ni fatihah baru je buad  ,
sesiapa yg suka tu like lah :)
thnx .

Saturday, October 22, 2011

Cala Man

Hey guys , jom cuci mata jom ~
tadi Fatihah ada blogwalking blog blog orang ,
then terjumpa she talk about flat shoes , pastu blogwalking blog k.Nisa menaip pulak
terjumpa pasal entry about Cala Man ,
I like shoes , simpe but cute :D
Nanak laa .
Harga kasut kat atas nie RM66.00
buy lah ;)


Cala Man juga ada mnjual bag ,
tapi Fatihah tidak memerlukan bag bt msa sekarang ,
cuz kat rumah dah banyak koleksi bag :D
siapa yg perlu bag untuk raya haji ni boleh la beli ,
Handbags for raya <--- klik lah kalau nak tengok .

I want this tOo .

kasut ni cantik kan ? but Fatihah rasa kasut ni tak untuk orang yg mcm  Fatihah nie ,
ikut age lah , kasut ni untuk 20 -28 maybe sesuai kot ,
tapi ikut gaya sama :D
#Please jangan ikut apa yg dicakap oleh fatihah nie,cuz dia pun tak berapa betul lagi about fashion nie ^^

jyeah , semua lawa kan ?
cepat cepat pergi order kang habis stok , haha
tiba-2 pulak aku jadi gila kat kasut pulak nieh  .
manusia sentiasa berubah , heheh :D

nak tengok lebih banyak buka blog dia terus yea :)

Saturday, August 20, 2011

Bila kita menyayangi seseorang

Selama hari ini, saya selalu tertanya-tanya dalam diri saya.
Kenapa ada perpisahan dalam dunia ini?
Kenapa ada penceraian?
Kenapa ada break up?
Kenapa ada clash?
Kenapa ada 'I'll leave you'?
Kenapa ada "Good bye'?
Kenapa, kenapa, kenapa?

Kamu semua pernah terfikir tak?
Bagaimana kasih boleh berubah dalam sekelip mata?
Hari ini sayang, besok boleh jadi benci.

Bagaimana bila kita sayang seseorang itu,
Sayang kita boleh hilang kepadanya
Pelik kan?


Sebab pada saya sayang itu abadi.
Bila kita menyayangi seseorang.
Bukan sekejap-sekejap.
Bukan untuk sehari- dua.
Bukan untuk sebulan dua, atau setahun dua.
Bukan juga untuk 4 tahun 3 bulan....
Pada saya, kalau kita sayang seseorang itu, kenapa mesti melepaskan dia pergi?

Kenapa tidak mempertahankan cinta itu?
Kalau kita benar-benar ikhlas?

Why we let it go?
Someone...please answer me...


* Berkata pada diri: Kalau semua orang dalam dunia ni fikir macam aku, memang aman dunia kan? Mahkamah syariah memang tak payah dibina.

Sunday, January 2, 2011

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!