Click to earn money .

Saturday, March 21, 2015

Pelatih plkn.

Hi dan assalamualaikum semua. 
okay harini aku nak cerita pengalaman aku di kem plkn rekreasi belia baling.
Ya Allah sejujurnya bila aku check online utk plkn . aku macam ekek. aku ke? kenapa aku? betul ke aku dapat plkn ni? ''aku nak sedih ke nak gembira ni'' tu yg aku membebel seseorang aku. haha
aku habis paper spm 2/12/2014 and 7/12 tu aku dah kena pi daftar kt kem plkn. tpi aku pegi lewat sehari. aku pi sesorang je dgn muka taktahu malu. haha. mak ayah aku yg hantarkan. masa sampai kem tu mmg aku dah sebak gilaaa. tapi kejap je sebaknya tu. Sebab aku pi lewat then harini tu jugak aktviti dah mula. kawan kawan ramai sgt , tak sempat aku masuk dorm dah ada ja yg tegur. hihi
seriusly dok sana best gila. cikgu cikgu sporting gila. kat kem hampa akan dibahagikan 4 kumpulan iaitu kompeni alpha , bravo , charlie dan delta. aku kompeni alpha. Kat kem ni kami diajar berdikari , semangat berpasukan , semangat cintakan negara, semangat 1 malaysia dan kami pelatih plkn ni didedahkan dengan pelbagai cabaran di masa hadapan . kami ajar cara utk pilihan raya, diajar cara menghormati agama dan adat kaum lain. kami di sini tak kira melayu india cina siam dibawah satu bumbung . Makan sekali , gembira sekali , menangis sekali , belajar sekali , semuanya kami lakukan bersama selama 2bulan 14 hari . Tarikh 14/2/2015 merupakan tarikh kesedihan kami. Kami terpaksa berpisah. Aku kalau boleh nak je suruh jabatan tambahkan hari kami kat kem . seriusly aku rindu kem baling sangat sangat, :( aku rindu nak pegi kelas , rindu nak buat sorakkan kumpulan , rindu nak sembahyang berjemaah , rindu nak makan megi berjemaah , rindu nak karoke ramai ramai dalam toilet. rindu segalanya di krbb ..........................  jika boleh diundurkan masa aku akan menghargai setiap moment di kem . aku akan rakam setiap pergerakan . tapi semua tu takkan berulang lagi . life must go on. aku mesti bergerak ke hadapan . plkn dan kem rekreasi belia baling as known as krbb is the best thing in my life! The best thing. kami pelatih krbb akan rindukan komandan yg baik hati , yg memahami kami . Yg tak penah kutip handfon kami . kami di kem bagaikan pergi bercuti , makan free , baju free , tempat tidur free , bermain flying fox , menembak megunakan peluru hidup secara percuma, melompat , bermain . .  Pengalaman kami di plkn yg sgt best yg hanya dirasai oleh kami pelatih pelatih plkn. Gelak tawa kami , tangisan kami hanya kami yg rasa. Benda ni takkan dapat rasa kat tempat lain . seriusly. aku rasa beruntung sgt . tahun ni pelatih plkn kumpulan 1 siri 12 tahun 2015 merupakan pelatih yg terakhir. plkn terpaksa ditangguhkan . okay dah panjang lebar aku luah perasan aku yg tersemat di jiwa. Aku selitkan sikit gambar .
wajah wajah wirawati alpha :)



wira wira alpha.

Wajah cikgu cikgu tersayang.








Ni lah last day aku dan kawan kawan semua kat krbb . Mata dah rabak, 2hari menangis berturut turut
berapa banyak tangki air mata dah habis. Haha . semua tu kenangan . Harinya sudah tiba , kami terpaksa pulang . Semua kenangan di krbb akan tetap simpan sampai bila bila dan takkan padam.

Tuesday, November 25, 2014

2 More!

Assalamualaikum .
Yey! dapat jugak update entry kali ni. Hihi . 

Setelah 3minggu berjuang di medan perang , tinggal lagi 2 subjek je. Which is Geografi and ICT. 
Rasa lama sangat , padahal ambik 9subjek ja pun . Banyak sangat gap yang melambatkan aku untuk capai kemerdekaan pada usia 17tahun ni . Haha . Seriously nak cerita ni , orang selalu kata trial lagi susah pada the real spm . Kenyataannya tidak. The real spm memang susah. Ditambah pulak tahun 2014 ni upsr bocor. So kami yang form5 tahun ni terima la. Cikgu cikgu tuisyen tak berani nak bagi ramalan apa. So study jelah semuaa. So far, bm , bi , sn , agama dikatakan bolehlaa jawab . Untuk math dan sejarah seriously macam nak bakaq jaa kertas tu . Susah. Tetibaa keluar pasal nangka,durian,roket dalam soalan math! Bilaa masa pulak saya belajar pasal durian kan.  
Sejarah dok target A tapi mcm takde harapan jeeee lepas dah jawab. Too much soalan aras tinggi (KBAT) Kebanyakkan soalan tak ada dalam buku teks.'kau baca satu buku pun , rebus pastu minum ke dia memang tak masuk' . Tapi alhamdulilah la boleh jawab dalam dok kata susah pun. Sebab sej wajib lulus beb. Tidak tak dapat lah sijil spm aku. Hehe. 

Saturday, April 12, 2014

Long distance.

asalamualaikum wbt. Em em.
Rasa kekok pulak nak menaip entry . Hiks. Lama betul tak update entry ni.
Maigaddd , ke mane je menghilang? Hehe. Ekceli ade je kat Malaysia ni.
Tahun ni fatihah akan menduduki peperiksaan terpenting sekali !
SPM SPM SPM SPM SPM SPM .
Okay cukup la tu repeat banyak kali. Yaaa saya calon spm tahun. uhuks.
Jadi , kena berjuang la sikit. Tapi sampai sekarang entah sedar ke tak . Haha
Jadi ada tak yang sudi kongsi tips untuk SPM?
Tapi alhamdulilah sedar tak sedar , tahun ni banyak sangat pengalaman tihah .
okay pertamanya, awal tahun ni lesen moto dah dapat jadi senang la sikit nak ke sekolah , tuisyen atau manamana. Takpayah la susahkan ibu dgn ayah lagi. Tahun ni jugak la banyak berjalannya pun . Ke KL, Negeri Sembilan,Perlis,Perak,Kelantan,Penang dan indonesia. Bisnes tihah jugak alhamdulilah makin mendapat sambutan yang menggalakan dari kawan kawan.
SZF Shopaholic . Kebanyakkan tihah jual banyak jubah , dress, skirt labuh , baju kurung.
Haa raya ni banyak la stok baju baru . Hehe. Meh beli ye . Sedar tak sedar ni , bulan oct ni batch 97
trial spm weh. Struggle struggle ! Cikgu cikgu pun banyak cakap , stop la facebook, wechat, whatsapp,instagram,twitter, tumblr dan sebagainya yang melalaikan. Em em ,Baiklah cikgu.
Gajet gajet ni memang daya tarikan dia lagi kuat daripada buku . sobs.
Jadi sekarang dah bulan april . Jadi budak spm sekalian marilah kita berjuang. wkwk.



Semakin aktif di Instgram , Jadi sila kongsi nama insta anda untuk difollow . Hehe