Click to earn money .

Sunday, June 2, 2013

Pantai merdeka

Assalamualaikum ;)
Nak dekat sebulan saya tak post kat blog ni kan kan ?
Sebenarnya saya banyak sangat cerita nak kongsikan tapi saya m...a...l..a..s 
nak taip . Hihi 
jadi kita lupakan jelah cerita cerita tu , so ni cerita kemarin.
eh lambat jugak update! maaf lah :)
Kemarin saja kami nak luangkan masa di pantai , 
disebabkan ada family dari Perak dtg kedah . Bawak la jalan jalan sat ann .
Saya dan family pi berkelah kat pantai merdeka ! Tehee , sebenarnya selalu dah pi . haha
Cuti cuti sekolah gini kalau dok rumah pun bosan kan , so better lepak di pantai ^^
lagipun di sana ada pesta pantai . Ada expo , pelbagai pertandingan , dan ada juga artis/chef jemputan.
Seriously memang ramai , tengah hari mcm tu tak la berapa ramai . Pukul 3,4petang macam tu ramai .
Kan banyak kenduri minggu ni , Haa sepanjang perjalanan nak ke pantai ada 7 kenduri yang sedang berlangsung kot! rumah nak dekat dekat pulak tu . Memang musim dia la kann :)
Okay setiap entry kalau takdak gambar tak sah la . Haha 
check it out !
Budak ni ha sepanjang hari dengan aku . Hihi

That's me . That all . Hihi 
Thank you for reading :)



Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru !


Assalamualaikum . 
Bulan mei ni , bulan yang paling sambutan kan . Macam macam kita celebrate bulam mei ni . 
 Family aku pun banyak sambut , sambutan .
Bermula dari 1mei iaitu hari buruh , my parent and sister aniversary , pastu disambung dengan 5mei ,
Hari mengundi Pru, hari bomba  
6Mei my father birthday,
12Mei , Hari Ibu , hari jururawat 
15Mei , Hari belia 
and today 16mei Hari guru ! 
 
Okay this is about my class . Kami rancang nak bagi kad ucapan kat cikgu cikgu 
yang mengajar kelas kami . Jadi kami pecahkan kepada 2 orang 2 orang. 
Tolong wakilkan untuk 4t2 . Aku takda geng , kena buat sorang sorang :/
how sad , tapi takpalah . sebagai moniter aku buatkan untuk guru kelas kami iaitu sir ooi soo huat.
Tak kenal ke dia? alaah dia yang buat buku teks math form 1,2and 3 tu . 
kenal tak lagi? haha , okay dah kenal eh. Bagus korang ni .
Eh apa yang aku sembang sorang2 ni :3 abaikan
Lagi satu aku buat untuk cikgu science kami yang baru iaitu cikgu yusri .
semenjak masuk sekolah menengah kami tak bagi apa apa kat cikgu, hanya mampu wish , salam . Hihi
Dulu masa sekolah rendah setiap kali hari guru mesti belikan apa apa hadiah. 
Hampa pun sama kan? baik ngaku XD
So , form 4 ni dia rajin pulak .

Ni haa kad aku buat , simpe jaa . Nak print out ja , tapi printer rosak pulak.
jadi handwriting jelah . *Klik gambar untuk nampak jelas XD

Jadi hari ni saya nak ucapakan selamat hari guru buat semua guru yang mengajar saya
tanpa cikgu siapalah saya ni ^^ dan buat semua guru di dunia. 
HAPPY TEACHER'S DAY! YOU All THE BEST
TEACHER IN THE WORLD ! ILY TEACHER ;)


Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu :*


Ibu
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Selamat Hari Ibu , Mak dan semua yang bergelar ibu di dunia :)



Sunday, May 5, 2013

Malaysia Memilih #PRU13

Hari ini 5.5.13 ialah hari penting bagi Malaysia kan.
Seluruh rakyat malaysia yang dah layak mengundi bolehlah undi . 
Pagi tadi kan , lepas breakfast dgn family . Ayah bawak lah jalan nak tengok ramai ke tidak lagi
Huyoo , pukul 10 pun dah ramai .
Jom tengok gambar :D
Ini masa otw nak pusat mengundi .
Ini di sekolah menengah sin min.  Memang panjang lah diaorg beratur .
kita capture gambar je , belum tiba masanya untuk mengundi  . Hihi :D


 Ini pulak gambar tambahan .
disebabkan mengundi 5 tahun sekali kan . 5 tahun bukan masa yang singkat
so apa salahnya kita simpan kenangan ini . haha 
#MalaysiaMemilih #GE13 #PRU13

Jangan lupa saksikan keputusan PRU13 malam ini. 
Terima kasih membaca :)





Saturday, May 4, 2013

Video Be Mine Virus (ICT Student)


   Seperti yang ditulis di post haritu . Video nyanyian 4t2 sempana bulan kokurikulum .
Lirik boleh tengok di entry ni LirikHere.(Klik)
Hope enjoy lah sory video tak sempat nak edit. hihi


Friday, April 19, 2013

Gwiyomi song ;-)

Hi ! tahu apa itu gwiyomi? gwiyomi merupakan gelombang korea yang hangat sekarang ini .
gwiyomi song ialah sebuah lagu yg dinyanyikan oleh artis kpop iaitu Hari .
Lagu ni digayakan dengan pergerakan tangan yg dicipta oleh Jung llhoon iaitu ahli kumpulan BTOB.
Gerakan tu dipanggil gwiyomi player .
Menurut The Bangkok Post, "Gwiyomi" atau "Kiyomi" digunakan untuk merujuk kepada seorang yg comel. lirik lagu yang boleh ditafsirkan sebagai "1 + 1 = Cutie, 2 + 2 = Cutie" dan lain-lain 
                                        Gwiyomi berdasarkan kata sifat bermaksud comel.
Video asal oleh Juan llhoon 





Haa cute tak? Hihihi .
that all , thanks for reading :)



Thursday, April 18, 2013

Persembahan ICT .

Hey thereee ~ asalamualaikum !
pada selasa yang lepas my school ada perhimpunan perdana .
macam biasa laa kan ? :)
okay persembahan ict  , yaaaaaaa ict  .
Dekat sekolah hanya ada 2 kelas yang ambil subjek ict iaitu 4teknik1 and 4teknik2 .
Tapi 4T2 yang dapat buat persembahan yg cikgu kata kelas kami ni happy go lucky sikit . haha
Mula2 kami kena buat awal lagi , tapi lepas dipostpone kan dan dipostpone
kami kena buat masa perhimpunan perdana . it consist all student , form1,2,3,4,5 and 6 .
kalau tak kami kena buat masa perhimpunan harian biasa ja #sesipagi
memang terkejut beruk . eh tak tak . Hanya nerbes ja .
okay then hari khamis sebelum hari selasa . kami berlatih dan buat lirik .
My class pilih lagu be mine by tasha manshahar and syed syamim .
kalau tak ada yang nak berlakon la , choral speaking . it takes a long time to practise right.
jadi pilih nyanyi lagu je laa .
Lagipun budak budak 4t2 mmg suka bernyanyi . hihihi . yeke?
 Lirik di bawah , jom nyanyi :D

Bermula di makmal ict 
kami belajar teknologi 
bila cikgu dah ajar 
kami tahu everything

cikgu ajar dan mengajar
kami faham sikit sikit 
tentang malicious code
dan pelbagai virus

bila kami mula faham 
hacker itu org jahat 
selalu curi duit dan ceroboh facebook org

utk mengelak dari hacker 
kita perlu security measures
pasang antivirus and juga anti-spywareeeeeeee 

benar kami sayanag pc 
takkan pernah tinggalkannya
online FB ,juga twitter 
benar kami sudah tahu pentingnya komputer sistem
kaulah temanku
tak sempurna tanpa PCku [L1x] [1x]

lalalala lala laa laaala 

Dalam padaku gembira 
kadangkala sedih juga
komputer masuk virus
tak mungkin jadi miliku selamanya

ohsem tak ? Hiihhi
video i will upload , waitt :)
kawan kawan sayaaa , lepas habis persembahan :)