Click to earn money .

Tuesday, September 24, 2013

Kem 1MG1MC

Ehem hai hampa! 
Pada 19/9/13 yang lalu . Aku dan 8orang lagi pelajar smkct dari Kelab pencinta alam dan 
pelancongan ni kan kena pi kem di kem nur hijrah , yan .
Ini kali pertama bagi aku pi kem . Di dalam bayangan fikirkan dok chalet . Fikir yang indah belaka la.
Pelancongan kan . Hihi . Banyak jugak sekolah yg pergi . Ada dari daerah kuala muda , kulim,alor setar dan lain. Perjalanan dari Sg petani nak ke Yan ambil masa dlm sejam lebih .
Bila dah sampai ke Kem tu , kami kena berkumpul di dewan . Kemudian kami pasang khemah
ingat khemah apa? Khemah tempat nak tidur lah . hahaha :o
Pabila malam menjelang kami dibahagikan kumpulan . Aku dpat group 7.
Ingatkan dpat group 9 . hehe
Ini nama dan skolah ahli ahli group aku :-
(Ketua) Zainal dari Smk Amanjaya / Erman dan Iman dari Smk Bakar Arg 
Zara dari Smk Kulim / Fatihah dri Smk Che tom /
Alia , Ernisha , Zana , Era dari Smk Sultanah Asma. Farisha, Miza dari Smk Pengkalan lebai man. Adi dan ada lagi sorang aku tak ingat nama pulak . Maaf .



          My group :* Apa yang penting ? kerjasama!  Hehe
Pada 20/9/13 - Harini pulak macam macam aktivitinya. Pagi kami semua berkumpul di pdg dan buat sikit senaman taiciii . Oh lawak . haha . Lepas sarapan kami berkumpul semula mengikut group dan mulakan treasure hunt ! Yeah . Seriously aku tak kenai sapa sapa . kenai Iman ja . haha
kami dikenakan 9 game, best jugak la . Time main ni la kami mula nak kenal kenal :-D
Tagline group kami ialah ''Rare Amazing'' sebab sememangnya kami rare . Kikikihkih
Game yg last sekali ialah ksmi masak ayam pasoh . Aumm kena masak sambil bernangis nangis .
Hahaha , asap ja pun . ayam pasoh ni sebenarnya makanan tradisional org iban .
Resipi ayam pasoh. Klik .


Lepas orang lelaki balik dari solat jumaat . Semua dgn memakai baju biru berkumpul .
Then makan , tahu apa? kami kena makan ayam pasoh yang kami masak tadi sbgai makanan tghari . Hahaha
ada yang tawar , terlebih masin . eh normal la tuuuu . lepas makan , kami berjalan berbatu batu batu batu
nak ke kawasan rekreasi Batu Hampar . Nama pun kelab pencinta alam ofoczlah ada gotong royong nya.
Kami diberi penyapu,pengcakar,sarung tangan,plastik sampah . Then samasamalah membersihkan kawasan ni . Sayang sgt khazanah alam yang dikurniakan tuhan ni kalau tak dijaga. Jadi jagalah alam ni sebaik mungkin , jgn buang sampah merata rata , tebang pokok yang tak sepatutnya . Jaga kawasan pelancongan di negara kita ni . Kalau kawasan pelancongan , rekreasi tak dijaga . tandas kotor , kita pun taknak lalu kan
apatah lagi kalau ada pelancong asing yg datang . Malu sgt kan ><
Apabila malam , kami kena buat persembahan utk malam kebudayaan. Group kami berlakon uolls ,
the title is ''Keperakan Orang Ulu'' :o hehe , comel tak tajuk?
Masa berbincang utk buat persembahan kami baru perkenalkan diri . Haha , apa daa .
dan masa org buat rehearsal group 7 bukan buat pun , kami terus bincang dan ketawa .
Ada YB KK(Eman) ,Karam Siwaliband(Iman), ada PA ,wartawan,pembaca berita,photographer
yang penttingg! org ulu . hihihi. Semua kumpulan hebat hebat , macam gelanggang raja lawak dah rasa .
Tapi yang penting kami enjoy , for rare amazing hampa memang the best ! Rindu xD

 
Wakil dari kumpulan 6
 21/9/13 - Hari last , sedih pun ada gembira pun ada . hari ni kami ada jungle treking , best !
almaklumlah first time pi kem . Masa di pertengahan jalan kami berhenti utk berehat dan seorang dari setiap group kena terangkan satu pokok yg jumpa kat hutan tu. Okay dan group 7 tak pi buat pun.*kantoi
Then balik dari hutan , kami kena gotong royong bersihkan kawasan kem sebelum balik.
Kemudian lepas dah turunkan khemah , siap makan . semua kena berkumpul di dewan dan main sikit kuiz teka teki dan acara penutup .

Sikit info mengenai kem ini ialah kempen 1Malaysia Green 1Malaysia Clean. Kempen ni berrtujuan untuk memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di tempat-tempat yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.
Sekian , terima kasih membaca :)




Friday, July 5, 2013

kfc observation.

asalamualaikum.
hari kan , saya pergi breakfast kat md dan md tu kat centre square XD
okay , be serious.
dan setelah lama dok kat md tu , nak pergi jalan jalan cari cap utk adik saya ni.
Saya baru ja jalan beberapa belas tapak . tibatiba ada kakak ni panggil
tanya umur berapa , dtg berdua ja ka? tihah ckp la tak dtg dengan mak. dia cakap dia nak observe 
tihah untuk menu baru kfc . dan dia tanya lagi dalam 3bulan lepas ada makan kfc tak?
tihah ni memang selalu sgt makan kat luaq ni . kfc selalu la jugak.
lepas dia bagitau mak and so on , tihah ikut la dia utk ditanya soalan soalan. cewahh . hihi
Ramai lagi orang yang di soal . antara soalannya ialah harga murah ke tak , cantik ke tak deco pinggan dia,
ayam sedap ke tak, lada lebih masin ke,kentang keras dan mcm macam ni
then kita diberi 2kali ayam dan sos . 1 sos yang ada cendawan dan satu lagi tiada.
Tihah lagi suka yang sos cendawan dan tak suka pedas. 
hampir sejam lebih tihah dok kat kfc tu. Lepas rasa chicken cop tu akak tu tanya lagi dan lagi
hehe, rasa macam chef pulak rasa merasa dan bagi komen komen ni .

 
that all , thanks for reading :)

Cakes

Hi dan asalamualaikum.
sekarang ni saya sedang belajar berniaga . 
Hampir keseluruhan family saya berniaga ,tapi tak la semua hanya segelintir saja.
Dan saya pun dah berminat utk berniaga . 
Aumm, korang suka makan coklat , cupcake and cake tak?
yeah itu yang saya nak kongsikan harini. bukan resipi la , gambar ja . hehe

Nampak sedap tak? ya cupcake ni kami hanya jual rm1.50 saja
Ni kan makcik tihah yang buat , bila tihah free contohnya hari cuti sekolah tihah gi la tolong dia .
bila hari sekolah hanya pi ambik tempahan yg kawan kawan sekolah tempah :)
firstly kami hanya buat kek moist kukus yg brharga rm1 . kemudian cupcake 
dan berbagai bagai lagi . kek untuk birthday , coklat as a gift and so on~
jika ingin buat tempahan boleh la lawati laman web ni .
 atau terus ja tweet tihah okay :)
thanks for reading.

Sunday, June 2, 2013

Pantai merdeka

Assalamualaikum ;)
Nak dekat sebulan saya tak post kat blog ni kan kan ?
Sebenarnya saya banyak sangat cerita nak kongsikan tapi saya m...a...l..a..s 
nak taip . Hihi 
jadi kita lupakan jelah cerita cerita tu , so ni cerita kemarin.
eh lambat jugak update! maaf lah :)
Kemarin saja kami nak luangkan masa di pantai , 
disebabkan ada family dari Perak dtg kedah . Bawak la jalan jalan sat ann .
Saya dan family pi berkelah kat pantai merdeka ! Tehee , sebenarnya selalu dah pi . haha
Cuti cuti sekolah gini kalau dok rumah pun bosan kan , so better lepak di pantai ^^
lagipun di sana ada pesta pantai . Ada expo , pelbagai pertandingan , dan ada juga artis/chef jemputan.
Seriously memang ramai , tengah hari mcm tu tak la berapa ramai . Pukul 3,4petang macam tu ramai .
Kan banyak kenduri minggu ni , Haa sepanjang perjalanan nak ke pantai ada 7 kenduri yang sedang berlangsung kot! rumah nak dekat dekat pulak tu . Memang musim dia la kann :)
Okay setiap entry kalau takdak gambar tak sah la . Haha 
check it out !
Budak ni ha sepanjang hari dengan aku . Hihi

That's me . That all . Hihi 
Thank you for reading :)



Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru !


Assalamualaikum . 
Bulan mei ni , bulan yang paling sambutan kan . Macam macam kita celebrate bulam mei ni . 
 Family aku pun banyak sambut , sambutan .
Bermula dari 1mei iaitu hari buruh , my parent and sister aniversary , pastu disambung dengan 5mei ,
Hari mengundi Pru, hari bomba  
6Mei my father birthday,
12Mei , Hari Ibu , hari jururawat 
15Mei , Hari belia 
and today 16mei Hari guru ! 
 
Okay this is about my class . Kami rancang nak bagi kad ucapan kat cikgu cikgu 
yang mengajar kelas kami . Jadi kami pecahkan kepada 2 orang 2 orang. 
Tolong wakilkan untuk 4t2 . Aku takda geng , kena buat sorang sorang :/
how sad , tapi takpalah . sebagai moniter aku buatkan untuk guru kelas kami iaitu sir ooi soo huat.
Tak kenal ke dia? alaah dia yang buat buku teks math form 1,2and 3 tu . 
kenal tak lagi? haha , okay dah kenal eh. Bagus korang ni .
Eh apa yang aku sembang sorang2 ni :3 abaikan
Lagi satu aku buat untuk cikgu science kami yang baru iaitu cikgu yusri .
semenjak masuk sekolah menengah kami tak bagi apa apa kat cikgu, hanya mampu wish , salam . Hihi
Dulu masa sekolah rendah setiap kali hari guru mesti belikan apa apa hadiah. 
Hampa pun sama kan? baik ngaku XD
So , form 4 ni dia rajin pulak .

Ni haa kad aku buat , simpe jaa . Nak print out ja , tapi printer rosak pulak.
jadi handwriting jelah . *Klik gambar untuk nampak jelas XD

Jadi hari ni saya nak ucapakan selamat hari guru buat semua guru yang mengajar saya
tanpa cikgu siapalah saya ni ^^ dan buat semua guru di dunia. 
HAPPY TEACHER'S DAY! YOU All THE BEST
TEACHER IN THE WORLD ! ILY TEACHER ;)


Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu :*


Ibu
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Selamat Hari Ibu , Mak dan semua yang bergelar ibu di dunia :)



Sunday, May 5, 2013

Malaysia Memilih #PRU13

Hari ini 5.5.13 ialah hari penting bagi Malaysia kan.
Seluruh rakyat malaysia yang dah layak mengundi bolehlah undi . 
Pagi tadi kan , lepas breakfast dgn family . Ayah bawak lah jalan nak tengok ramai ke tidak lagi
Huyoo , pukul 10 pun dah ramai .
Jom tengok gambar :D
Ini masa otw nak pusat mengundi .
Ini di sekolah menengah sin min.  Memang panjang lah diaorg beratur .
kita capture gambar je , belum tiba masanya untuk mengundi  . Hihi :D


 Ini pulak gambar tambahan .
disebabkan mengundi 5 tahun sekali kan . 5 tahun bukan masa yang singkat
so apa salahnya kita simpan kenangan ini . haha 
#MalaysiaMemilih #GE13 #PRU13

Jangan lupa saksikan keputusan PRU13 malam ini. 
Terima kasih membaca :)