Hello , anybody here? Hmm , lama tak menaip .
Sebenarnya nak menaip tapi terlalu sibuk dengan sekolah . cewaah
*bajet semata mata XD
Sekarang ni musim exam kan , ada terbaca blog ni dan nak kongsikan la bersama tips study last minute .
sebab saya selalu study last minute kdg2 masuk la sikit :D
(1) Enjoy the moment!
“ Jadikan peperiksaan sebahagian daripada hidup anda!”
Rasailah, hayatilah dan bergembiralah dengan musim peperiksaan anda! Secara logiknya, sememang sukar bagi kita untuk merasai seronok dengan peperiksaan. Tetapi, asas inilah yang harus kita letakan di minda dan jiwa.
“ Perlu rasa ghairah, gembira dan seronok untuk melaluinya!.”
(2) Fokus, fokus dan fokus
Apa itu fokus?
Saya bersembang dengan seorang sahabat saya, katanya – fokus ibaratnya sebegini :
“ Kamu pegang sekeping talam yang dipenuhi air di dalamnya, perlu membawanya dari satu tempat ke satu tempat tanpa membiarkan walaupun setitis air tumpah ke bawah.”
Kita akan penuh berhati-hati menatang talam tersebut sambil langkahan kaki yang cermat, halus dan tulus. Diri amat-amat tenang dan aman. Serta tiada terburu-buru lagi kalut!
Maknanya – kita harus teliti, memberi 100 % perhatian dan tentunya ada strategi yang praktikal.
(3)Study Group yang berkesan
Seterusnya, belajar dan buat ulangkaji secara berkumpulan. Mudah sahaja saya ingin sebut tentangnya. Kunci utama kepada study group ialah keberkatan!
Kenapa?
Di sini, wujudnya semangat bantu-membantu, tolong-menolong dan bekerjasama. Bayangkan – suasana gembira, harmoni dan tolak ansur yang sangat baik akan mewarnai perjalanan study group kita jika semuanya bersepakat dan satu hati. Justeru, amat malang bagi mereka yang belajar tetapi tidak pernah ada study group.
Malang dan sangat malang!
(4) Latih tubi yang berterusan
Saat-saat akhir juga, amat penting untuk membiasakan kita dengan format-format kertas peperiksaan dan teknik menjawab. Latih tubi soalan-soalan yang lepas adalah kaedah ulangkaji yang terbaik, praktikal dan menepati suasana musim peperiksaan.
Akar dan dasarnya : – Kita buat, buat dan terus buat latih tubi sehingga kita selesa, yakin dan mampu meramal bentuk-bentuk soalan yang mendatang. Itulah kesan dan hasilannya, Insya-Allah.
(5) Minta keampunan daripada Allah SWT
Musim-musim peperiksaan ini, disamping sibuk dengan studi, ulangkaji dan sebagainya – usahlah kita lupa kepada Sang Maha Kuasa yang menentukan segalanya.
Banyakan memohon keampunan kepada Allah SWT di atas segala kelalaian, kesalahan dan kesilapan kita. Walaupun, kita rasa kita tidak berbuat salah! Sememangnya, kita ini hamba Allah SWT yang banyak dosa dan bintik-bintik hitam di hati.
Solat taubat sebanyaknya dan lazimi istighfar setiap masa dan ketika. InsyaAllah.
(6) Doa, Solat Hajat dan Tawakkal kepada Allah SWT.
Akhirnya, tidak dapat tidak – Kita harus kembali kepada Allah SWT. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah, kecil dan kerdil kita perlu mendekati-Nya setiap masa dan ketika.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa memerlukan kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
( Al-Fatir 35 : 15) Solat hajat kita perkasakan, doa dilabuhkan sentiasa dan hubungan sifat tawakkal kita kepada Allah SWT dengan usaha yang semaksima.
sumber http://langitilahi.com/10521

Nice tip tq..
ReplyDeleteMmg MJ jenis suka buat last minit..hehee
welcome , Tihah pun . Hihi . *sep sikit :D
Delete