Click to earn money .

Friday, March 15, 2013

Rahsia Bulan kelahiran

Assalamualaikum dan hai  blogger sekalian ! 
Hampa nak tahu tak rahsia di sebalik bulan kelahiran hampa? Kalau nak jommmmmm tengok 
senarai kajian yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Fadzilah Kamsah :)


Januari 
♥  Seorang yg bercita cita tinggi dan orgnya serius , dia suka mendidik dan dididik. 
♥  Suka pada kecantikan , kekemasan dan teratur .
♥  Bersifar sensitif dan berfikiran mendalam .
♥  Pandai mengambil hati orang lain.
♥  Pendiam kecuali telah dirangsang.
♥  Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan.
♥  Bersikap romantik tapi tak pandai memperlihatkannya. 
♥  Dia cukup sayang pada kanak kanak.
♥  Dia setia pada segala galanya .
♥  Sifat cemburu yang sangat tinggi. 
♥  Perlu belajar kemahiran bersosial
♥  Badannya sihat tapi mudah diserang selsema
♥  Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
♥  Sgt mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
♥  Agak pemalu dan ada daya tumpuan yang sangat tinggi.
♥  Suka duduk rumah. 

Februari
♥  Suka benda yang realiti dan abstrak
Mudah menawan orang lain
♥  Tak suka dikongkong dan Mudah memberontak bila dikongkong
♥  Suka kegiatan yang lasak
♥  Keras hati untuk mencapai matlamat.
♥  Berpewatakan yang mudah berubah
♥  Suka hiburan dan sukan .
♥  Bercita cita tinggi, suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. 
♥  Sgt romantik pada dalaman tapi tak pada luaran :/
♥  Jujur dan setia pada segalanya.
♥  Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
♥  Suka berkawan tapi kurang nak tunjukkan.
♥  Pemalu dan rendah diri.
♥  Sgt berani dan suka memberontak.
♥  Pemerhatian yang tajam
♥  Suka benda yang berseni

Mac
♥  Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
♥  Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
♥  Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
♥  Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
♥  Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
♥  Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
♥  Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
♥  Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
♥  Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
♥  Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
♥  Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

April
♥  Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
♥  Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
♥  Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
♥  Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
♥  Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
♥  Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
♥  Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
♥  Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
♥  Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei
♥  Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
♥  Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
♥  Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
♥  Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
♥  Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
♥  Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
♥  Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
♥  Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
♥  Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
♥  Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
♥  Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
♥  Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

Jun
♥  Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
♥  Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
♥  Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
♥  Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
 Bersikap suka menangguh-nangguh.
♥  Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
♥   Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
♥  Mudah berkawan & pandai berkawan.
Seorang yang sangat tertib.
♥  Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
♥  Suka berkemas dan Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
♥  Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
♥  Kedegilan yang tidak terkawal.
♥  Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Julai
♥  Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
♥  Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
♥  Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
 Jarang berdendam.
♥  Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
♥  Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
♥  Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
♥  Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
♥  Rajin dalam membuat kerja

Ogos
♥  Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
♥  Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
♥  Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
♥  Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
♥  Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
♥  Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
♥  Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
♥  Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
 Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
♥  Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

September
♥  Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
♥  Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
 Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
♥  Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
♥  Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik

Oktober
 Suka berbual.
♥  Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
♥  Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
♥  Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
♥  Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
♥  Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
♥  Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Seorang yang adil.
♥  Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat

November
♥  Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Cermat dan teliti.
♥  Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
♥  Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
♥  Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
♥  Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Disember
♥  Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
♥  Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
♥  Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
♥  Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
♥  Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
♥  Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Thanks for reading :)


Tuesday, March 12, 2013

Photo I

Hi ! Hari ni saya hanya nak postkan gambar sajaa .
Talent: Puteri Nor Qalesya


 



Friday, March 8, 2013

Tips study last minute.


  

Hello , anybody here? Hmm , lama tak menaip .
Sebenarnya nak menaip tapi terlalu sibuk dengan sekolah . cewaah 
*bajet semata mata XD 
Sekarang ni musim exam kan , ada terbaca blog ni dan  nak kongsikan la bersama tips study last minute . 
sebab saya selalu study last minute kdg2 masuk la sikit :D

(1) Enjoy the moment!
“ Jadikan peperiksaan sebahagian daripada hidup anda!”
Rasailah, hayatilah dan bergembiralah dengan musim peperiksaan anda! Secara logiknya, sememang sukar bagi kita untuk merasai seronok dengan peperiksaan. Tetapi, asas inilah yang harus kita letakan di minda dan jiwa.
“ Perlu rasa ghairah, gembira dan seronok untuk melaluinya!.”
(2) Fokus, fokus dan fokus
Apa itu fokus?
Saya bersembang dengan seorang sahabat saya, katanya – fokus ibaratnya sebegini :
“ Kamu pegang sekeping talam yang dipenuhi air di dalamnya, perlu membawanya dari satu tempat ke satu tempat tanpa membiarkan walaupun setitis air tumpah ke bawah.”
Kita akan penuh berhati-hati menatang talam tersebut sambil langkahan kaki yang cermat, halus dan tulus. Diri amat-amat tenang dan aman. Serta tiada terburu-buru lagi kalut!
Maknanya – kita harus teliti, memberi 100 % perhatian dan tentunya ada strategi yang praktikal. 
(3)Study Group yang berkesan
Seterusnya, belajar dan buat ulangkaji secara berkumpulan. Mudah sahaja saya ingin sebut tentangnya. Kunci utama kepada study group ialah keberkatan!
Kenapa?
Di sini, wujudnya semangat bantu-membantu, tolong-menolong dan bekerjasama. Bayangkan – suasana gembira, harmoni dan tolak ansur yang sangat baik akan mewarnai perjalanan study group kita jika semuanya bersepakat dan satu hati. Justeru, amat malang bagi mereka yang belajar tetapi tidak pernah ada study group.
Malang dan sangat malang!
(4) Latih tubi yang berterusan
Saat-saat akhir juga, amat penting untuk membiasakan kita dengan format-format kertas peperiksaan dan teknik menjawab. Latih tubi soalan-soalan yang lepas adalah kaedah ulangkaji yang terbaik, praktikal dan menepati suasana musim peperiksaan.
Akar dan dasarnya : – Kita buat, buat dan terus buat latih tubi sehingga kita selesa, yakin dan mampu meramal bentuk-bentuk soalan yang mendatang. Itulah kesan dan hasilannya, Insya-Allah.
 (5) Minta keampunan daripada Allah SWT
Musim-musim peperiksaan ini, disamping sibuk dengan studi, ulangkaji dan sebagainya – usahlah kita lupa kepada Sang Maha Kuasa yang menentukan segalanya.
Banyakan memohon keampunan kepada Allah SWT di atas segala kelalaian, kesalahan dan kesilapan kita. Walaupun, kita rasa kita tidak berbuat salah! Sememangnya, kita ini hamba Allah SWT yang banyak dosa dan bintik-bintik hitam di hati.
Solat taubat sebanyaknya dan lazimi istighfar setiap masa dan ketika. InsyaAllah.
 (6) Doa, Solat Hajat dan Tawakkal kepada Allah SWT.
Akhirnya, tidak dapat tidak – Kita harus kembali kepada Allah SWT. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah, kecil dan kerdil kita perlu mendekati-Nya setiap masa dan ketika.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa memerlukan  kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
( Al-Fatir 35 : 15) Solat hajat kita perkasakan, doa dilabuhkan sentiasa dan hubungan sifat tawakkal kita kepada Allah SWT dengan usaha yang semaksima.
sumber http://langitilahi.com/10521

Sunday, February 17, 2013

Gelombang Biru Di Taman Ria SgPetani

assalamualaikum dan salam 1 malaysia ^^
Tahu tak semalam himpunan barisan nasional ada acara yg berlangsung di padang awam 
taman ria sg petani kedah. Timbalan perdana menteri kita Muhyiddin yassin
datang dan ada lagi beberapa org yang terhormat datang memberi ucapan
iaitu Tan Keng Liang, TH Subra dan yg lain .
act saya ke sana dengan mak . kami ke sana nak dekat pukul 5 lebih jugak la dgn kawan 
kawan mak sayaa. Haha
dari dok rumah do not do anything baik pi. Bantu kawan ibu kot , catering
tak cukup org . Jadi budak katering sat . Best tau tak ! hahaha . rasa mcm nak pi part time 
catering jaa lepas ni XD
ha lepas sampai tu , kami agih agihkan khemah mana yg nak jaga.  saya di khemah 5 ! hehe
betul betul bertentangan dengan stage. tapi jauh sikit laa .acara makan mula pada pukul 7petang.
khemah kami tak ramai sgt org dtg :/ how sad. sbb kami ditengah dan jauh 
kalau org turun dari bas yg datang mereka ke khemah tepi dlu. Pakcik pngurus tu kata group kam bisu semua. Sbb tak panggil org yg dtg tu .Then tiba tiba dia kata sbb tak nampak tihah :O 
apa pulak! dia kata kalau nampak tihah mesti ramai mai beratuq . Err --'
sabo je lah dengan pakcik ni. Lepas satu demi satu ucapan, dalam pukul 9.00 malam gitu , wowww
khemah kami diserbu org . Khemah lain takgi pun . sampai beratur pjg dan kami sekumpulan dah mcm kartun.Dengan yg mintak nasik,ayam,ayaq and so onnn . sepantas kilat nasi apa semua habeh.
btw saya trlupa nak kenalkan ahli group saya tadi . Hee ~
Me fatihah , my mom ,  untie liza(kawanMak) , uncle mutalib,uncle hazim
and faiz.  ke3 tiga lelaki trsebut smua budak katering. 
Faiz tu i think dia sebaya dengan tihah , tapi tak sembang pun dgn diaa :3
takpatut~ Haha lupakan
pada malam tu jugak artis artis yg datang mmbuat persembahan .

Ramai dak? Ofcoz la ramai . 30,000 orang yang hadir pada malam tersebut
katanyaa :D
Thanks for reading! :)

Thursday, January 17, 2013

Jom Shopping Di Cala Qisya.

Hi , Hello and welcome to my blog .
 Pernah dengar tak about cala qisya? cala man?
Ok hari ni nak share sikit pasal cala qisya ni , baju , tudung , kasut 
di cala qisya memang cantik for me la , Sebab baju baju dia comel comel dan ada yg ala ala korea gitu 
and yg most important menutup aurat .
boleh la melawat di Calaqisya.com :)


Thursday, January 10, 2013

Chocolate chip recipe.

Assalamualaikum and helo guys! 
Okay today saya nak kongsikan satu resipi , Iaitu  chocolate chip .
first of all sediakan bahan bahan nya dahulu :-
-sediakan 1biji telur 
-3sudu makan susu segar 
350g gula kastor 
-250g butter
-3sudu mkn minyak jagung 
-440g tepung gandum
-1sudu teh baking soda
-1 sudu teh esen vanila 
and the last thing is 1/2 cawan almond nibs 
dan 1/2 cawan chocolate chips !
Kemudian cara caranya :-

Mula mula , korang pukul gula dan butter shingga putih , lepastu masukkan esen vanila , minyak jagung,susu
dan telur . *pukul telur sehingga sebati tau.

Kemudian, campurkan tepung & baking soda yg dah diayak , pukul hingga mnjadi adunan yg lembut.
Lepas tu masukkan choc chip dan almond , bila dah sebati bolehlah letak atas tray yg dah dilengser. 
Letak jarak jarak sikit sbb cookies akan spread ke tepi bila dibakar nanti :)

Then bakar selama 8hingga 12 minit macam tu lah pada suhu 180c . 
kemudian tunggu lah ye ^^ 
bila cookies baru keluar dari oven cookies tu still lembut , so
korang tunggu la lebih kurang 25minit macam tu ke baru MAKAN ! Muahaha . 
that all , selamat mencuba . insya-Allah sedap . Hihi  :)

Thursday, December 27, 2012

Cameron Highland .

Asalamualaikum dan selamat sejahtera !
Okay , hari ni nak story about kemarin . Actually mak just kata nak ke cameron higland
then malam tu mak macam berubah fikiran , tomorrow morning 
tiba tiba dengar some like ada orang menangis , Tiba tiba ! Kami ternampak adik .
Rupa rupanya dia yang menangis :3 *Dia menangis sbb mak taknak pergi CH. 

So, pagi tu kami semua bersiap lah nak ke CH . Pukul 9.15 kami bertolak , 
dan pukul 10 kami singgah untuk breakfast . Then melalui jalan ipoh pukul 1 Tghari 
Yayyy , kami sampai Cameron :) Cuaca waktu tu still elok macam dikatakan oleh ramalan 
Pagi : Baik Petang : Hujan sementara Malam : Good ^^
Haa ini saya dengan sepupu dari Kelantan .

Ini Akak dengan adik . Eh adik kita badjet comel . hikhok. 







 Ni waktu petang , hujan mulai turun . Jadi dah tak syok nak shopping 
tapi tetap dijalankan operasi shopping :3
Dari pukul 1 sampai pukul 6petang di cameron higland 
so , kami decided untuk pulang ke Sungai Petani . Sebab hujan .
Sampai dipertengahan jalan , kami nampak ada orang jual durian di perkampungan org asli
Jadi singgah belilah durian . Orang asli tu cakap macam ''sifu dan tongga''
Hahaha . Dia bagi harga murah kat kami 3biji durian 10ringgit .
Itu jelah ceritanya . Terima kasih membaca :D