Click to earn money .

Saturday, March 21, 2015

Pelatih plkn.

Hi dan assalamualaikum semua. 
okay harini aku nak cerita pengalaman aku di kem plkn rekreasi belia baling.
Ya Allah sejujurnya bila aku check online utk plkn . aku macam ekek. aku ke? kenapa aku? betul ke aku dapat plkn ni? ''aku nak sedih ke nak gembira ni'' tu yg aku membebel seseorang aku. haha
aku habis paper spm 2/12/2014 and 7/12 tu aku dah kena pi daftar kt kem plkn. tpi aku pegi lewat sehari. aku pi sesorang je dgn muka taktahu malu. haha. mak ayah aku yg hantarkan. masa sampai kem tu mmg aku dah sebak gilaaa. tapi kejap je sebaknya tu. Sebab aku pi lewat then harini tu jugak aktviti dah mula. kawan kawan ramai sgt , tak sempat aku masuk dorm dah ada ja yg tegur. hihi
seriusly dok sana best gila. cikgu cikgu sporting gila. kat kem hampa akan dibahagikan 4 kumpulan iaitu kompeni alpha , bravo , charlie dan delta. aku kompeni alpha. Kat kem ni kami diajar berdikari , semangat berpasukan , semangat cintakan negara, semangat 1 malaysia dan kami pelatih plkn ni didedahkan dengan pelbagai cabaran di masa hadapan . kami ajar cara utk pilihan raya, diajar cara menghormati agama dan adat kaum lain. kami di sini tak kira melayu india cina siam dibawah satu bumbung . Makan sekali , gembira sekali , menangis sekali , belajar sekali , semuanya kami lakukan bersama selama 2bulan 14 hari . Tarikh 14/2/2015 merupakan tarikh kesedihan kami. Kami terpaksa berpisah. Aku kalau boleh nak je suruh jabatan tambahkan hari kami kat kem . seriusly aku rindu kem baling sangat sangat, :( aku rindu nak pegi kelas , rindu nak buat sorakkan kumpulan , rindu nak sembahyang berjemaah , rindu nak makan megi berjemaah , rindu nak karoke ramai ramai dalam toilet. rindu segalanya di krbb ..........................  jika boleh diundurkan masa aku akan menghargai setiap moment di kem . aku akan rakam setiap pergerakan . tapi semua tu takkan berulang lagi . life must go on. aku mesti bergerak ke hadapan . plkn dan kem rekreasi belia baling as known as krbb is the best thing in my life! The best thing. kami pelatih krbb akan rindukan komandan yg baik hati , yg memahami kami . Yg tak penah kutip handfon kami . kami di kem bagaikan pergi bercuti , makan free , baju free , tempat tidur free , bermain flying fox , menembak megunakan peluru hidup secara percuma, melompat , bermain . .  Pengalaman kami di plkn yg sgt best yg hanya dirasai oleh kami pelatih pelatih plkn. Gelak tawa kami , tangisan kami hanya kami yg rasa. Benda ni takkan dapat rasa kat tempat lain . seriusly. aku rasa beruntung sgt . tahun ni pelatih plkn kumpulan 1 siri 12 tahun 2015 merupakan pelatih yg terakhir. plkn terpaksa ditangguhkan . okay dah panjang lebar aku luah perasan aku yg tersemat di jiwa. Aku selitkan sikit gambar .
wajah wajah wirawati alpha :)



wira wira alpha.

Wajah cikgu cikgu tersayang.








Ni lah last day aku dan kawan kawan semua kat krbb . Mata dah rabak, 2hari menangis berturut turut
berapa banyak tangki air mata dah habis. Haha . semua tu kenangan . Harinya sudah tiba , kami terpaksa pulang . Semua kenangan di krbb akan tetap simpan sampai bila bila dan takkan padam.

2 comments:

  1. Salam. Haiii dik. Sis pon dapat kat situ jugak. Lagu Kem Baling Berani best gilaaaaa kot kan. Hahaha. Nice to meet you dear :)

    nurulfatiahmohdhatta.blogspot.com/2014/05/plkn.html

    ReplyDelete
  2. wsalam. haiii kakakkk. sumpah best gilaa. haha

    ReplyDelete