Click to earn money .

Tuesday, September 24, 2013

Kem 1MG1MC

Ehem hai hampa! 
Pada 19/9/13 yang lalu . Aku dan 8orang lagi pelajar smkct dari Kelab pencinta alam dan 
pelancongan ni kan kena pi kem di kem nur hijrah , yan .
Ini kali pertama bagi aku pi kem . Di dalam bayangan fikirkan dok chalet . Fikir yang indah belaka la.
Pelancongan kan . Hihi . Banyak jugak sekolah yg pergi . Ada dari daerah kuala muda , kulim,alor setar dan lain. Perjalanan dari Sg petani nak ke Yan ambil masa dlm sejam lebih .
Bila dah sampai ke Kem tu , kami kena berkumpul di dewan . Kemudian kami pasang khemah
ingat khemah apa? Khemah tempat nak tidur lah . hahaha :o
Pabila malam menjelang kami dibahagikan kumpulan . Aku dpat group 7.
Ingatkan dpat group 9 . hehe
Ini nama dan skolah ahli ahli group aku :-
(Ketua) Zainal dari Smk Amanjaya / Erman dan Iman dari Smk Bakar Arg 
Zara dari Smk Kulim / Fatihah dri Smk Che tom /
Alia , Ernisha , Zana , Era dari Smk Sultanah Asma. Farisha, Miza dari Smk Pengkalan lebai man. Adi dan ada lagi sorang aku tak ingat nama pulak . Maaf .



          My group :* Apa yang penting ? kerjasama!  Hehe
Pada 20/9/13 - Harini pulak macam macam aktivitinya. Pagi kami semua berkumpul di pdg dan buat sikit senaman taiciii . Oh lawak . haha . Lepas sarapan kami berkumpul semula mengikut group dan mulakan treasure hunt ! Yeah . Seriously aku tak kenai sapa sapa . kenai Iman ja . haha
kami dikenakan 9 game, best jugak la . Time main ni la kami mula nak kenal kenal :-D
Tagline group kami ialah ''Rare Amazing'' sebab sememangnya kami rare . Kikikihkih
Game yg last sekali ialah ksmi masak ayam pasoh . Aumm kena masak sambil bernangis nangis .
Hahaha , asap ja pun . ayam pasoh ni sebenarnya makanan tradisional org iban .
Resipi ayam pasoh. Klik .


Lepas orang lelaki balik dari solat jumaat . Semua dgn memakai baju biru berkumpul .
Then makan , tahu apa? kami kena makan ayam pasoh yang kami masak tadi sbgai makanan tghari . Hahaha
ada yang tawar , terlebih masin . eh normal la tuuuu . lepas makan , kami berjalan berbatu batu batu batu
nak ke kawasan rekreasi Batu Hampar . Nama pun kelab pencinta alam ofoczlah ada gotong royong nya.
Kami diberi penyapu,pengcakar,sarung tangan,plastik sampah . Then samasamalah membersihkan kawasan ni . Sayang sgt khazanah alam yang dikurniakan tuhan ni kalau tak dijaga. Jadi jagalah alam ni sebaik mungkin , jgn buang sampah merata rata , tebang pokok yang tak sepatutnya . Jaga kawasan pelancongan di negara kita ni . Kalau kawasan pelancongan , rekreasi tak dijaga . tandas kotor , kita pun taknak lalu kan
apatah lagi kalau ada pelancong asing yg datang . Malu sgt kan ><
Apabila malam , kami kena buat persembahan utk malam kebudayaan. Group kami berlakon uolls ,
the title is ''Keperakan Orang Ulu'' :o hehe , comel tak tajuk?
Masa berbincang utk buat persembahan kami baru perkenalkan diri . Haha , apa daa .
dan masa org buat rehearsal group 7 bukan buat pun , kami terus bincang dan ketawa .
Ada YB KK(Eman) ,Karam Siwaliband(Iman), ada PA ,wartawan,pembaca berita,photographer
yang penttingg! org ulu . hihihi. Semua kumpulan hebat hebat , macam gelanggang raja lawak dah rasa .
Tapi yang penting kami enjoy , for rare amazing hampa memang the best ! Rindu xD

  video
Wakil dari kumpulan 6
 21/9/13 - Hari last , sedih pun ada gembira pun ada . hari ni kami ada jungle treking , best !
almaklumlah first time pi kem . Masa di pertengahan jalan kami berhenti utk berehat dan seorang dari setiap group kena terangkan satu pokok yg jumpa kat hutan tu. Okay dan group 7 tak pi buat pun.*kantoi
Then balik dari hutan , kami kena gotong royong bersihkan kawasan kem sebelum balik.
Kemudian lepas dah turunkan khemah , siap makan . semua kena berkumpul di dewan dan main sikit kuiz teka teki dan acara penutup .

Sikit info mengenai kem ini ialah kempen 1Malaysia Green 1Malaysia Clean. Kempen ni berrtujuan untuk memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di tempat-tempat yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.
Sekian , terima kasih membaca :)




2 comments:

  1. Bestnyer... teringat zaman MJ skolah dengan aktivit camping macam ni :D

    ReplyDelete